header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
SUPANUN 2026
📍 19 – 23 Mei 2026 | Pusat Rekreasi Pantai Balok, Kuantan
Tirai SUPANUN 2026 kini rasmi dilabuhkan, namun semangat juang kontinjen KEJORA akan terus terpahat sebagai satu kebanggaan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan Petanque Trio Wanita KEJORA yang berjaya menghadiahkan Pingat Gangsa buat KEJORA menerusi gandingan hebat:
🥉 Nur Liyana binti Abu Ba’dah – Unit Komunikasi Korporat
🥉 Norniza binti Mohd Sani – Bahagian Pembangunan Sosial & Pemajuan Desa
🥉 Siti Nuraisyah binti Che Mokhtar – Bahagian Kewangan
Kejayaan ini bukan sekadar kilauan pingat, tetapi lambang dedikasi, pengorbanan dan semangat luar biasa yang dipamerkan sepanjang kejohanan berlangsung. Di sebalik setiap kemenangan, terselit penat lelah, disiplin dan jiwa kental yang tidak pernah mengalah hingga ke penghujung perjuangan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Pengurusan KEJORA atas sokongan, kepercayaan dan komitmen berterusan kepada seluruh anggota kontinjen KEJORA.
SUPANUN bukan sekadar medan persaingan, tetapi platform menyemarakkan semangat kesukanan, perpaduan dan kebersamaan antara agensi badan berkanun seluruh Malaysia.
🔥 Langkah mungkin terhenti di Balok, tetapi semangat juang KEJORA akan terus mara.