header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
Bagi memperkukuh kefahaman warga kerja KEJORA mengenai Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972 (Akta 75), satu sesi Taklimat Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972 (Akta 75) telah diadakan dan disampaikan oleh Encik Adam Malek bin Hj. Tugimin, Ketua Unit Perundangan KEJORA. Taklimat ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dalam kalangan anggota KEJORA mengenai peruntukan-peruntukan di bawah Akta 75, agar setiap tindakan, keputusan dan pelaksanaan tugasan adalah selaras dengan kerangka perundangan yang ditetapkan.
Melalui sesi ini, para peserta diharapkan dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih telus, berintegriti dan berlandaskan undang-undang — sekali gus memastikan kepentingan organisasi terus terpelihara serta menjamin kelestarian tadbir urus KEJORA.