TOURISM KEJORA RANCAKKAN MATTA FAIR PENANG 2026
KEJORA melalui Bahagian Pelancongan telah menyertai MATTA Fair Penang 2026 pada 24–25 April di Penang Waterfront Convention Centre.
Penyertaan ini menjadi platform penting untuk mempromosikan tarikan produk di sekitar Wilayah KEJORA terutamanya seperti Muzium Nelayan Tanjung Balau, Desa Kirana Tanjung Balau, Desa Kirana Pulau Tanjung Surat.
Reruai KEJORA turut meriah dengan aktiviti interaktif mewarna batik bersama usahawan tempatan, Batik Ranorm, yang mendapat sambutan hangat pengunjung.
Usaha ini selaras dengan Tahun Melawat Johor 2026 dan Tahun Melawat Malaysia 2026 dalam memperkukuh Johor Tenggara sebagai destinasi pelancongan pilihan.
KEJORA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri Johor melalui Tourism Johor atas jemputan dan peluang menyertai Pavilion Johor sebagai pempamer dalam MATTA Fair Penang 2026. Sokongan ini amat signifikan dalam memperkukuh usaha mempromosikan Johor Tenggara sebagai destinasi pelancongan bernilai tinggi dan berpotensi di negeri Johor.


























