KEJORA terus komited memperkasakan usahawan luar bandar dengan menyediakan kemudahan yang strategik dan kondusif untuk pertumbuhan perniagaan. Salah satu inisiatif penting ialah pembinaan dan penambahbaikan premis Industri Kecil dan Sederhana (IKS), lengkap dengan kemudahan asas bagi menyokong operasi terutamanya dalam sektor pembuatan.
Hari ini, kerja-kerja menaiktaraf 4 unit Kilang IKS di Bandar Mas telah berjaya disiapkan mengikut jadual. Majlis penyerahan siap kerja telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA. Turut hadir sama ialah Encik Mohd Hanafi bin Jantan, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) serta barisan pengurusan dan pegawai KEJORA.
Dengan siapnya projek ini, diharapkan para usahawan dapat memanfaatkan fasiliti untuk memperkukuhkan operasi perniagaan mereka, seterusnya membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan merancakkan ekonomi setempat.