#MADANIBEKERJA | TURUN PADANG DEMI RAKYAT: PENGURUS BESAR KEJORA TINJAU PROJEK STRATEGIK
Pengurus Besar KEJORA, Encik Mohd Gadaffie bin Abd Aziz telah meninjau projek membina dan menaiktaraf kemudahan rekreasi dan infrastruktur pelancongan di Kompleks The Wetlands Kampung Belukar Durian. Projek ini sedang dalam proses perlantikan kontraktor baru bagi menyiapkan baki projek.
Projek Pelancongan Berasaskan Komuniti atau ‘Community Based Tourism’ (CBT) adalah model pelancongan lestari yang dimiliki, diurus dan dipacu oleh komuniti setempat.


























