UNDIAN RUMAH MAMPU MILIK KAMPUNG TERSUSUN TANJUNG BUAI
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui Bahagian Hartanah telah berjaya melaksanakan sesi taklimat ringkas serta proses undian Rumah Mampu Milik Kampung Tersusun Tanjung Buai, Daerah Kota Tinggi, Johor yang bertempat di Bilik Taklimat, Ibu Pejabat KEJORA.
Seramai 48 orang penerima yang layak telah terlibat dalam proses undian lot rumah ini, yang merangkumi 13 penerima Rumah Mampu Milik Johor, 13 penerima Rumah Jenis PKJA dan 22 penerima Rumah Jenis PKJB.
KEJORA merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima yang berjaya. Diharapkan pemilikan rumah ini akan menjadi titik permulaan kepada kehidupan yang lebih selesa, harmoni dan sejahtera, di samping membina komuniti yang mampan dan berdaya maju di Kampung Tersusun Tanjung Buai.
Semoga para penerima dapat memanfaatkan peluang ini dengan sebaiknya serta terus menyumbang ke arah pembangunan sosial dan ekonomi setempat.


























