ZIARAH TAKZIAH WARIS ALMARHUMAH PUAN BUNGA TANJUNG BINTI SAEDON
Sebagai tanda keprihatinan dan kebersamaan, Pengurusan KEJORA telah mengadakan Ziarah Takziah ke kediaman keluarga Almarhumah Puan Bunga Tanjung binti Saedon yang telah kembali ke rahmatullah pada 7 Disember 2025.
Encik Mohd Hanafi bin Jantan, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) telah hadir bersama Pengurusan dan Pegawai KEJORA serta anggota Bahagian Kewangan bagi menyerahkan barang peribadi kepada waris.
Semoga kehadiran ini dapat memberi sedikit kekuatan dan semangat buat keluarga. Semoga roh almarhumah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Al-Fatihah.


















