Entries by

π“πˆπŒππ€π‹π€π πŒπ„ππ“π„π‘πˆ πŠπŠπƒπ– 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓 πŠπ€π–π€π’π€π ππ„π‘π“π€ππˆπ€π πŠπ„π‰πŽπ‘π€

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YB Datuk Hjh Rubiah binti Hj Wang telah mengadakan lawatan ke Kawasan Pertanian Pengeli Kecil, Bandar Tenggara, Johor Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat kepada potensi tanaman serta pembangunan projek-projek pertanian Wilayah KEJORA. YB Datuk Timbalan Menteri KKDW berpandangan bahawa, pengusaha yang telah berjaya harus berkongsi pengalaman kepada petani-petani […]

PROGRAM JARINGAN USAHAWAN KEJORA (JUARA) SIRI 2/2024

Program Jaringan Usahawan KEJORA (JUARA) Siri 2/2024 telah diadakan pada 23 Mei 2024 (Khamis) bertempat di Pusat Komuniti Desa (PKD) Tg Sedili, Johor. Program ini merupakan satu inisiatif untuk pendaftaran usahawan baharu, membimbing dan memberi pendedahan kepada para usahawan secara one-on-one bagi mengembangkan perniagaan, mengenal pasti masalah, isu serta cadangan penyelesaian. JUARA juga memberi tumpuan […]

PESTA TANJUNG BALAU @ KEJORA 2024

Pesta Tanjung Balau @ KEJORA 2024 telah melabuhkan tirai pada petang ini dengan jayanya. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Datuk Hajah Rubiah binti Hj. Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa & Wilayah. Ketibaan YB Datuk Timbalan Menteri telah disambut oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA. Didalam ucapan perasmi, […]

SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024

KEJORA telah menyertai rerurai Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sempena Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di Padang Plaza Angsana Johor Bahru bermula dari 23 hingga 26 Mei 2024. Majlis Peluncuran Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim. Di dalam ucapannya, beliau […]

HARI MUZIUM ANTARABANGSA PERINGKAT KEBANGSAAN

Muzium Nelayan Tanjung Balau sekali lagi berjaya menambah koleksi kejuaraan apabila dinobatkan sebagai Johan Booth Terbaik Kategori Anugerah Pilihan Juri sempena Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2024 di Pulau Pinang. Hadiah telah disampaikan oleh Datuk Seri Aron bin Dagang, Menteri Perpaduan Negara dalam satu majlis penutup Hari Muzium Antarabangsa yang di adakan di Arena […]

SELAMAT BERSARA

Selamat bersara diucapkan kepada Encik Mokhtar bin Mohd Salleh, Pembantu Operasi setelah berkhidmat selama 41 tahun 7 bulan bersama KEJORA bermula 16 Oktober 1982 dan akan bersara wajib pada 26 Mei 2024. Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil telah menyerahkan cenderahati kenang-kenangan kepada Encik Mokhtar bin Mohd Salleh sebagai tanda […]

HARI KEDUA PESTA TANJUNG BALAU @ KEJORA 2024

Sorotan lensa KEJORA hari kedua Pesta Tanjung Balau @ KEJORA 2024. Pelbagai pertandingan telah dimulakan dan telah menoktahkan pemenangnya. Turut diadakan cabutan bertuah sesi ke dua dan ketiga kepada pengunjung. Menariknya hari ini telah diadakan pertandingan kereta klasik, pertandingan memasak dan pertandingan Suara Warisan. Pengunjung juga telah didendangkan dengan persembahan dari artis tempatan seperti Fieya […]

PESTA TANJUNG BALAU @ KEJORA 2024

Sorotan lensa KEJORA di sebelah pagi hari kedua Pesta Tanjung Balau @ KEJORA 2024. Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil turut sama turun padang dalam Pelepasan Pertandingan Aerofithon dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang mewarna kanak-kanak dan Pertandingan Aerofithon. Selain itu juga, turut diadakan cabutan bertuah pusingan pertama kepada pengunjung. […]

TIRAI PESTA TANJUNG BALAU @ KEJORA TAHUN 2024

TANJUNG BALAU, 24 Mei – Tirai Pesta Tanjung Balau @ KEJORA Tahun 2024 anjuran Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dibuka secara rasminya pada hari ini. Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil telah hadir untuk melihat persembahan fire dance yang bersama Pengurusan KEJORA disebelah malam. Manakala disebelah petang, telah berjalan Kursus […]

SESI SARINGAN KESIHATAN KENDIRI KEJORA

Bandar Penawar, 21 Mei – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) pada hari ini telah mengadakan Saringan Kesihatan Kendiri kepada semua anggotanya bertempat di Bilik Taklimat, Ibu Pejabat KEJORA. Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil telah bersama-sama dengan anggota KEJORA untuk menjalani saringan kesihatan yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kota […]