Bahagian Teknologi Maklumat telah menganjurkan Kempen Kesedaran Sistem Keselamatan Pengurusan Maklumat (ISMS) yang berlansung sepanjang Bulan Mei 2018. Kempen ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada anggota KEJORA tentang pelaksanaan ISMS di KEJORA. Sepanjang kempen tersebut berlangsung, beberapa pertandingan telah diadakan seperti Puzzle ICT, Menaip Pantas, Kuiz ICT, merekacipta Poster dan Poster Digital. Setiap pertandingan tersebut adalah menjurus kepada memberi pengetahuan terhadap anggota tentang ISMS dan Dasar Keselamatan ICT (DKICT) KEJORA.
Majlis penutup kempen ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), En. Hamzah bin Hj. Isa. Majlis turut diserikan dengan Pelancaran DKICT KEJORA dengan gimik robotik oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi. Kemuncak majlis dimeriahkan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang yang telah menyertai pertandingan-pertangdingan yang telah diadakan.