MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN SELANGKAH KE UNIVERSITI (UNIKL-KEJORA)

Majlis Perasmian Penutupan Selangkah Ke Universiti Bersama UNIKL-KEJORA Tahun 2019 telah berlangsung di UNIKL Mitec Pasir Gudang Johor. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBrs Encik Norazman bin Othman selaku Pengurus Besar KEJORA. Program ini berlangsung pada 10 sehingga 12 September 2019 dengan melibatkan 5 buah sekolah iaitu seramai 179 orang peserta dari pelajar tingkatan 6. Di antara sekolah yang terlibat ialah SMK Bandar Mas, SMK Adela, SMK Tan Sri Jaafar Alba, SMK Pengerang Utama dan SMK Lingiu. Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta tentang kehidupan di Universiti. Pihak KEJORA berharap program ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak yang terlibat bagi memastikan hasrat melahirkan modal insan yang cemerlang dapat direalisasikan.

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS PEMESINAN COMPUTER NUMERICAL CONTROL (CNC)

 

Majlis Penyampaian Sijil Kursus Pemesinan Computer Numerical Control (CNC) Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) Wilayah KEJORA yang telah dirasmikan oleh Tuan Haji A.Jalil Bin Md. Arsad pada 8 September 2019 di Dewan Kuliah Utama, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang, Johor. Pihak Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah menjalinkan kerjasama melalui perkongsian pintar (smart partnership) antara pihak Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang dan Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC) bagi pembangunan modal insan berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam pendidikan luar bandar di wilayah KEJORA iaitu Johor Tenggara. Kerjasama ini telah memberi impak yang tinggi kerana semua peserta seramai 50 orang yang berjaya menamatkan kursus ini telah mendapat pekerjaan atau penempatan kerja dan kini sedang bertugas sebagai Juruteknik Mesin atau Pembantu Teknik Pemesinan di 11 Industri Pembuatan yang berada di sekitar kawasan Pasir Gudang dan Johor Bahru. Tahniah diucapkan kepada semua peserta.