MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS PEMESINAN COMPUTER NUMERICAL CONTROL (CNC)
Majlis Penyampaian Sijil Kursus Pemesinan Computer Numerical Control (CNC) Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) Wilayah KEJORA yang telah dirasmikan oleh Tuan Haji A.Jalil Bin Md. Arsad pada 8 September 2019 di Dewan Kuliah Utama, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang, Johor. Pihak Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah menjalinkan kerjasama melalui perkongsian pintar (smart partnership) antara pihak Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang dan Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC) bagi pembangunan modal insan berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam pendidikan luar bandar di wilayah KEJORA iaitu Johor Tenggara. Kerjasama ini telah memberi impak yang tinggi kerana semua peserta seramai 50 orang yang berjaya menamatkan kursus ini telah mendapat pekerjaan atau penempatan kerja dan kini sedang bertugas sebagai Juruteknik Mesin atau Pembantu Teknik Pemesinan di 11 Industri Pembuatan yang berada di sekitar kawasan Pasir Gudang dan Johor Bahru. Tahniah diucapkan kepada semua peserta.