Entries by

LAWATAN PENANDA ARAS DAN KHIDMAT NASIHAT MENGENAI PELAKSANAAN PELAN PENGGANTIAN (SECCESSION PLAN)

ihak KEJORA telah mengadakan Lawatan Penanda Aras dan Khidmat Nasihat Mengenai Pelaksanaan Pelan Penggantian (Succession Plan) ke Ibu Pejabat Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada 13 Jun 2022, Isnin. Lawatan ini di ketuai oleh Puan Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEJORA dan turut serta Encik Mohd Ashek bin Mohd Hassan, Pengurus Pentadbiran dan Pengurusan […]

MESYUARAT PEMANTAUAN PROJEK PEMBANGUNAN BIL. 4 TAHUN 2022

Mesyuarat Pemantauan Projek Pembangunan KEJORA Bil. 4 Tahun 2022 telah diadakan pada hari ini di Bilik Mesyuarat LBJT Bandar Tenggara. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Dato’ Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA dengan kehadiran Pengurusan Kanan serta Pengurus-Pengurus Bahagian dan Ketua-Ketua Unit. Sehingga 31 Mei 2022, KEJORA telah membelanjakan sebanyak RM15.30juta dari jumlah keseluruhan […]

PANTAI TANJUNG BALAU – UTILITI SAKIT ATAU MENTALITI SAKIT?

Kerja-kerja naik taraf yang baru selesai dijalankan oleh pihak KEJORA telah menjadi mangsa vandalisme oleh segelintir pengunjung yang datang ke Pantai Tanjung Balau. Salah laku merosakkan harta benda awam dengan niat atau dikenali sebagai ‘Vandalisme’ bukan sahaja mencacatkan pemandangan malah menyusahkan orang awam untuk mendapatkan perkhidmatan yang baik. Perbuatan tidak bermoral ini juga menuntut perbelanjaan […]

PERSIAPAN MUZIUM NELAYAN UNTUK SAMBUTAN HARI MUZIUM ANTARABANGSA

Sekitar Persiapan Muzium Nelayan untuk Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2022! Apa pula yang akan dipersembahkan oleh Muzium Nelayan Tanjung Balau tahun ini? Mampukah Muzium Nelayan mengekalkan kejuaraan Booth Terbaik kali ini? Sama2 kita nantikan kemunculannya di Kota Bharu, Kelantan pada 19-26 Jun ini!! #KEUNGGULANMUZIUM #HMA2022 #HMAKELANTAN #HARIMUZIUMANTARABANGSA #PERINGKATKEBANGSAAN

PEMBANGUNAN PROJEK JALAN PERHUBUNGAN DESA (JPD) DI BAWAH PROGRAM STRATEGIK MEMPERKASA RAKYAT DAN EKONOMI (PEMERKASA) TAHUN 2021

8 JUN 2022 I RABU I 12.30 PETANG KEJORA telah menerima peruntukan di bawah Peruntukan Pakej Rangsangan Ekonomi (Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi -PEMERKASA) sebanyak RM3,000,000.00 bagi membina dan menaik taraf 13 jalan kampung sepanjang 10km di Wilayah KEJORA. Sesi pemantauan tapak projek telah dilakukan oleh Dato’ Hj. Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus […]

PENYERAHAN & TAKLIMAT PENGOPERASIAN MESIN ASHER DI KAMPUNG MAWAI BARU

8 JUN 2022 I RABU I 11.00 PAGI Pada hari ini, selepas 50 tahun penubuhan KEJORA, satu detik baru telah tercipta apabila KEJORA telah menerima sebuah Mesin Asher A200 Buatan Malaysia dari syarikat Pamarai (M) Sdn Bhd. Mesin pelupusan sampah yang dibangunkan dengan teknologi terkini serta penggunaan tenaga solar sepenuhnya telah diletakkan di Kampung Tersusun […]

LAWATAN KERJA LEMBAGA PEROLEHAN KE PROJEK PEMBANGUNAN KEJORA

5 JUN 2022 (AHAD) Ahli Mesyuarat Lembaga Perolehan hari ini telah berkesempatan untuk melawat beberapa pelaksanaan Projek Pembangunan KEJORA di sekitar Bandar Penawar dan Sedili, Kota Tinggi, Johor. Delegasi Lembaga Perolehan yang diketuai En. Afandi bin Nordin, Setiausaha Bahagian Penyelarasan Dan Pemantauan KPLB (merangkap Ahli Lembaga Pengarah dan Pengerusi Lembaga Perolehan). Turut bersama-sama ialah Pn. […]

AKTIVITI HARI TERAKHIR SAMBUTAN JUBLI EMAS KE-50 PENUBUHAN KEJORA

Antara aktiviti yang menarik pada sebelah pagi adalah pertandingan karom yang disertai oleh 22 orang pengunjung & pertandingan masak lemak cili api telur itik yang menghimpunkan 8 pasukan bertanding. Manakala pertandingan Karaoke Jubli Emas Idol telah berlangsung dengan lebih dari 20 pangunjung mengambil bahagian. Karnival kre8tive bagi acara membina arca kreatif telah dijalankan disamping program […]

AKTIVITI PETANG HARI KETIGA SAMBUTAN JUBLI EMAS KE-50 PENUBUHAN KEJORA

Pelbagai aktiviti dijalankan pada sebelah petang ini antaranya pertandingan dam haji serta pertandingan akhir Tug Of War termasuk mural kreatif. Manakala demonstrasi masakan asam pedas ikan & mencanting batik telah dijalankan dikhemah utama. Pelbagai pameran agensi, jualan usahawan dan food truck yang dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 10.30 malam masih berada di perkarangan Dataran […]