Pelancongan Desa

  1. Sebagai pintu masuk selatan Malaysia, Johor dilihat sebagai lokasi ideal bagi pelancong untuk beristirehat terutama pelancong dari Singapura. Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan 50% pelancong hanya menjadikan Johor sebagai laluan dan memilih destinasi lain seperti Port Dickson, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan pulau peranginan di Johor, Pahang dan Terengganu.
  2. Pembukaan kawasan Pelancongan Desaru pada tahun 1970-an telah menjadi kawasan percutian tradisi Pelancong dari Singapura.
  3. Pengenalan Desaru sebagai “The Last Unspoit Corner Of South East Asia” telah menyaksikan zaman kemuncak industri pelancongan pada era 1980-an dan 1990-an.
  4. Sehingga ke hari ini KEJORA komited untuk menjadikan wilayah ini sebagai kawasan pelancongan utama di negeri Johor. Ia meliputi usaha membangunkan kawasan desa yang menawarkan kebudayaan, keunikan sara hidup masyarakat, kelestarian Eko Tourism, Agro Tourism dan keindahan serta keunikan alam semula jadi.

Kampung Belukar Durian adalah destinasi popular untuk memancing udang air tawar dan juga ini diselubungi dengan tumbuh-tumbuhan di tepi sungai dan hutan paya air tawar. Ianya terletak di kawasan tenggara negeri Johor. Tanah Lembab Sedili Kechil ini kekal sebagai kawasan tadahan sungai yang belum disentuh. Flora dan fauna yang jarang didapati boleh dijumpai di kawasan seperti ‘Water Trumpets’. Banyak aktiviti boleh dilakukan seperti penanaman  semula bakau, sungai safari, menerokai pantai berpasir, mengutip lokan dan kraftangan kerang-kerangan laut dan sebagainya.

Hubungi :

No. Tel  :

019-738 0372 (Kamal) /

019-730 0058 (Pak Wan Zaili)

Website :

www.homestaykampungbelukardurian.blogspot.my

Anda akan mengenali sejarah yang ditinggalkan oleh Penduduk Pantai Melayu lama yang setia kepada Sultan Johor. Ianya terletak di bahagian kiri Sungai Johor dengan jarak kira-kira 27km dari Kota Tinggi dan kira-kira 30 km dari Desaru. Di Kampung Johor Lama, anda akan berada dalam dimensi kehidupan pantai dengan pemandangan indah Sungai Johor yang luas merangkumi banyak anak sungai yang begitu mempersonakan serta melegakan minda dan badan. Di sini kita dapat saksikan kumpulan-kumpulan tarian budaya seperti Tarian Zapin dan Hadrah Johor Lama, diiringi oleh Kompang tangan raksasa yang diamalkan dalam tradisi budaya dunia hiburan islam.

Hubungi :  Jawatankuasa Homestay Kg Johor Lama

No. Tel  :

019 -7444984 (En Nahar) /

013-7429417 (Pn Jaliah)

Website :

http://tourismkejora.blogspot.my

Salah sebuah kampung nelayan di antara Sungai Johor dan Sungai Lebam. Aktiviti penduduk yang utama adalah nelayan. Anda boleh menikmati ketenangan di Jeti Tanjung Buai.

Antara tarikan yang boleh diterokai disini adalah pengalaman bermalam di rumah rakit dan aktiviti memancing. Keindahan ekosistem sungai dan paya bakau akan memberikan satu pengalaman baru kepada anda

Hubungi :

No. Tel  : 019-763 4627 (Anuar Abu Bakar)

Website :

http://tourismkejora.blogspot.my

Kampung ini pernah menjadi tumpuan pihak media dan penyelidik antarabangsa untuk mencari makhluk aneh yang dikenali sebagai Big Foot. Kampung ini mempunyai sebatang sungai yang terkenal dikalangan pemancing udang galah. Kampung ini sangat sesuai untuk aktiviti kembara dan pelancongan eko.

Hubungi : Koperasi Mawai Berhad

No. Tel  : No. Tel            : 019-789 5100 (Bakar)

No. Tel            : 012-405 1611 (Kak Wan)

Website :

http://tourismkejora.blogspot.my

Linting Wetland is a river ecosystem that is dominated by tidal mangrove forest. It is situated at the south east corner in the state of Johor, Malaysia.

Located within the middle of the mangrove river ecosystem, lies the Belungkor Forest Reserve, which is  Surrounded by several fishing villages.

Approximately 80% of the local communities living here  are fishermen who depend on the mangrove ecosystem for their daily livelihood

Hubungi :

No. Tel  : 010-4135025 (Tok Amin)

Website :

http://tourismkejora.blogspot.my