Penguatkuasaan
Polisi Pemberian Maklumat (Whistle Blowing Policy)
Mana-mana anggota pekerja atau mana-mana orang yang hendak memberi maklumat, mereka boleh membuatnya dengan cara berikut:
Anggota pekerja atau mana-mana orang yang hendak memberi maklumat atau mendedahkan KTW adalah bebas membuat aduan.
Polisi Tiada Hadiah
DEFINISI HADIAH
Merujuk kepada Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998, definisi hadiah termasuklah wang, tambang percuma, saham, tiket loteri, kemudahan perjalanan, hiburan, perkhidmatan, keahlian kelab, apa-apa bentuk komisyen, hamper, barang kemas, perhiasan, apa-apa benda yang bernilai yang diberi kepada pegawai itu.
OBJEKTIF POLISI
i.Polisi ini diwujudkan bagi mengelakkan sebarang persepsi wujudnya konflik kepentingan yang membabitkan mana-mana pihak.
ii.Polisi ini juga dibangunkan bagi membentuk budaya integriti di kalangan anggota KEJORA selaras Ikrar Integriti Korporat / Corporate Integrity Pledge (CIP) bersama pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 4 Mei 2014 lalu.
PELAKSANAAN POLISI
- Polisi ini wajib dipatuhi oleh semua anggota KEJORA termasuklah anak syarikat KEJORA.
- Melalui polisi ini, setiap anggota KEJORA tidak dibenarkan:
- Menerima sebarang hadiah secara peribadi dalam pelbagai bentuk daripada mana-mana pihak luar yang terlibat secara langsung dengan KEJORA.
- Memberi sebarang hadiah secara peribadi dalam pelbagai bentuk kepada mana-mana pihak luar yang terlibat secara langsung dengan KEJORA.
- Walau bagaimanapun, hadiah berbentuk cenderahati korporat yang disampaikan kepada pihak KEJORA oleh rakan usaha sama atau daripada KEJORA kepada pihak luar atas urusan rasmi adalah dibenarkan.