KEJORA INTERNATIONAL CHALLENGE (KIC) 2018
KEJORA International Challenge 2018 (KIC) akan berlangsung pada 24 November sehingga 1 Disember 2018 bertempat di Stadium Bandar Penawar dan Stadium Juara Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Bandar Penawar.
KEJORA INTERNATIONAL CHALLENGE 2018 merupakan kejohanan bola sepak bawah 15 tahun yang dianjurkan oleh KEJORA dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) serta rakan pakatan strategik yang lain. Tujuan utama penganjuran kejohanan ini adalah untuk menjenamakan KEJORA di peringkat antarabangsa selain bertujuan untuk mempromosikan kawasan pelancongan di wilayah KEJORA melalui sukan (sports tourism).Di samping itu, kejohanan ini juga memberi pendedahan kepada pemain-pemain tempatan untuk beraksi di pentas antarabangsa.
Kejohanan pada tahun ini merupakan kali penganjuran kali ke – 4 setelah pertama kali dianjurkan pada tahun 2015. Selain itu, pihak KEJORA dengan kerjasama rakan pakatan strategik telah menganjurkan program Road to KEJORA Singapore dan Indonesia di mana pasukan yang memenangi pertandingan tersebut mendapat tiket automatik untuk menyertai KIC 2018. Pelbagai Aktiviti menarik sepanjang perlawanan seperti Street Soccer, Fun Football, Play Station 4, Klinik Bola Sepak dan DrumlineFun Run.
Semua Dijemput Hadir !!!