|
|
4.2 |
|
Mesyuarat Jawatankuasa |
|
|
|
|
|
|
|
|
i. |
|
Mesyuarat jawatankuasa di setiap bandar akan diadakan dua (2) bulan sekali. Mesyuarat boleh diadakan sebulan sekali, sekiranya pihak pengurusan memikirkan ianya perlu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
ii. |
|
Mesyuarat jawatankuasa hendaklah dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa atau individu yang diberi mandat untuk mewakili beliau seperti Pengerusi Ganti. Mesyuarat masih boleh dijalankan tanpa kehadiran Pengerusi Jawatankuasa atau wakilnya dengan syarat Naib Pengerusi atau pun Setiausaha telah diberi amanat oleh Pengerusi atau wakilnya untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
|
iii. |
|
Mesyuarat yang terpaksa dibatalkan kerana kekurangan korum hendaklah diadakan dalam tempoh seminggu dari tarikh pembatalan mesyuarat sepatutnya dan pada waktu yang sama dengan atau tanpa surat panggilan mesyuarat oleh Setiausaha. |
|
|
|
|
|
|
|
|
iv. |
|
Kecuali Pengerusi-Pengerusi Biro, Ahli Jawatankuasa dikehendaki menghadiri mesyuarat setiap kali mesyuarat diadakan. Pengerusi-Pengerusi Biro boleh menghantarkan wakil mereka menghadiri mesyuarat Jawatankuasa sekiranya mereka tidak dapat berbuat demikian dengan syarat mereka memaklumkan perkara tersebut secara bertulis kepada Setiausaha dan wakil yang dihantar hendaklah Ahli Jawatankuasa Biro. |
|
|
|
|
|
|
|
|
v. |
|
Mesyuarat tidak boleh dijalankan tanpa kehadiran 2/3 Ahli Jawatankuasa. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
vi. |
|
Ahli jawatankuasa yang gagal menghadiri mesyuarat tiga (3) kali berturut-turut tanpa sebarang alasan yang boleh diterima akan dengan sendirinya gugur dari menganggotai jawatankuasa. Pihak pengurusan akan memaklumkan pengguguran tersebut secara rasmi. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
vii. |
|
Pihak pengurusan atau Ahli Jawatankuasa yang diberi kuasa melantik Ahli Jawatankuasa atau wakil penduduk dikehendaki melantik pengganti Ahli Jawatankuasa yang digugurkan atau meletakkan jawatan dalam tempoh seminggu setelah pengguguran atau perletakan Ahli Jawatankuasa tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
viii. |
|
Ahli Jawatankuasa yang dilantik dikehendaki memegang jawatan bagi tempoh tiga (3) tahun. Selepas tempoh tersebut, pihak pengurusan KEJORA akan membuat perlantikan Ahli Jawatankuasa yang baru. Sekiranya wajar, perlantikan Ahli Jawatankuasa tersebut boleh dipertimbangkan dibuat melalui satu Mesyuarat Agong Jawatankuasa. |
Leave a Reply
Want to join the discussion?Feel free to contribute!