4.3 | Perlucutan/ Perletakkan Jawatan | ||||
i. | Jawatan seseorang Ahli Jawatankuasa gugur dengan sendirinya sebelum perkhidmatan tamat apabila: | ||||
a. Ahli Jawatankuasa tersebut meninggal dunia b. Meletakkan jawatan c. Tidak menghadiri mesyuarat tiga (3) kali berturut-turut tanpa alasan yang munasabah d. Tidak lagi tinggal di bandar-bandar baru KEJORA atau bekerja di bandar-bandar tersebut |
|||||
ii. | Dalam keadaan-keadaan tertentu pihak pengurusan boleh tanpa memberikan apa-apa sebab melucutkan jawatan seseorang Ahli Jawatankuasa sekiranya pihak pengurusan KEJORA mendapati Ahli Jawatankuasa tersebut tidak lagi berkeupayaan memegang jawatan yang disandangnya. | ||||
iii. | Ahli Jawatankuasa boleh meletakkan jawatan sebelum tempoh perkhidmatan tamat dengan mengemukakan surat perletakkan rasmi serta sebab-sebab perletakkan jawatan secara bertulis kepada Pengerusi Jawatankuasa. | ||||
iv. | Perletakkan jawatan tersebut, walau bagaimanapun boleh ditolak sekiranya pihak pengurusan KEJORA dan jawatankuasa mendapati alasan yang dikemukakan tidak kukuh. | ||||
v. | Ahli Jawatankuasa yang dilucutkan jawatan atau meletakkan jawatan akan dengan sendirinya tidak layak menerima segala kemudahan yang diperuntukkan kepadanya sebagai Ahli Jawatankuasa. |
Leave a Reply
Want to join the discussion?Feel free to contribute!