Profil Agensi
Latar Belakang Penubuhan KEJORA
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah ditubuhkan pada 1 Jun 1972 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara Tahun 1972 (Akta75). Selain itu, KEJORA juga diberikan kuasa di bawah Enakmen Lembaga Kemajuan Johor Tengara 1972 bagi tujuan mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi yang wujud di antara kawasan dalam negeri Johor dengan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dalam wilayahnya.
Kawasan Pentadbiran KEJORA
- Merangkumi 2 wilayah iaitu sebahagian daerah Kluang dan Kota Tinggi.
- Keluasan lebih kurang 300,277 hektar sebagaimana Pelan Gazet 738 bertarikh 7 Mei 1972 di bawah Seksyen 410 Kanun Tanah Negara (KTN).
- Kawasan sedia ada adalah meliputi 10 Mukim, 72 Kampung Tradisional, 32 Rancangan Felda dan 6 Bandar Baru.
Fungsi KEJORA
Fungsi utama Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) adalah seperti yang termaktub dalam Seksyen 4, Bahagian II, di bawah Akta 75 sebagaimana berikut:
- Memajukan, merangsang, memudahkan dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam kawasan Johor Tenggara;
- Memaju, merangsang, memudahkan dan mengusahakan pembangunan tempat tinggal, pertanian, perindustrian dan komersial dalam kawasan Johor Tenggara;dan
- Mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan aktiviti yang disebut terdahulu dalam kawasan Johor Tenggara.
Peranan KEJORA
Stake Holder dan Pelanggan
HUBUNGI
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara,
Bangunan Ibu Pejabat KEJORA,
Jalan Dato’ Hj. Hassan Yunus,
81930 Bandar Penawar, Johor.
No. Faks : +607-8221600
Emel :kejora@kejora.gov.my
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 X 768