KURSUS TERNAKAN BURUNG WALIT (LANJUTAN) TAHUN 2021
Sukacita dimaklumkan bahawa Kursus Ternakan Burung Walit (Lanjutan) Tahun 2021 telah diadakan pada 18 November 2021 bertempat di Kuala Terengganu, Terengganu anjuran Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Vaterinar Terengganu. Seramai dua belas orang peserta telah menyertai kursus ini yang terdiri daripada penduduk kampung dan pengusaha Rumah Burung Walit di dalam Wilayah KEJORA serta anggota KEJORA.
Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan dan ilmu pengetahuan kepada peserta mengenai kaedah ternakan burung walit terbaik khususnya dalam pengendalian sistem audio secara teori dan juga amali. Kursus ini juga secara tidak langsung dapat membantu peserta untuk menambahbaik sistem audio di Rumah Burung Walit sedia ada bagi meningkatkan lagi pengeluaran hasil sarang burung walit.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta.