PROGRAM SEMBANG MERDEKA SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2018

Program dan Aktiviti Patriotisme merupakan salah satu sub program di bawah pelaksanaan Projek Pembangunan Modal dan Insan ( PMI ) 2018. Sebagai pengisian program dan aktiviti ini, Program Sembang Merdeka Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Tahun 2018 telah dilaksanakan bagi membangkitkan semangat patriotisme dalam komuniti.dengan objektif-objektif berikut :-

  • Memperingati perjuangan generasi terdahulu dalam usaha membebaskan negara daripada belenggu penjajah.
  • Menanamkan semangat patriotisme dalam diri dan jiwa masyarakat luar bandar.
  • Menerapkan nilai bersyukur di atas nikmat keamanan & kemakmuran negara  setelah dibebaskan dari belenggu penjajah.
  • Menyediakan satu platform untuk masyarakat luar bandar berinteraksi dengan pemimpin secara santai.

Program ini dianjurkan secara santai dengan protokol ringkas dan ia dilaksanakan secara serentak di 5 lokasi yang merupakan Kampung-kampung Tradisi seliaan KEJORA pada ketepan berikut :-

Tarikh : 29hb Ogos 2018
Hari : Rabu
Masa : 9.00 pagi – 1.00 petang

Setiap lokasi program akan diurusetiakan oleh bahagian & Unit dengan dibantu oleh Penggerak Kampung Tradisi berkenaan sebagai penyelaras serta VIP sebagai ketua program sebagaimana berikut :-

BIL

URUSETIA    (Bhg/Unit) LOKASI PROGRAM VIP

PENYELARAS

1

PSPD

UAD

UUU

UI

Kg. SC Jaya Sepakat, Kluang. Pengurus PSPD Encik Ahmad Ajwad Bin Ayub,

Penolong Pegawai Tadbir,

Bahagian PPSM.

2

PS

TM

 

Kg. Contoh, Kluang. Pengurus TM Encik Mohd Yusof Bin Hj. Ibrahim,

Penolong Pegawai Pertanian,

Bahagian Perancang Bandar dan Desa.

3

PLC

PIAT

UEU

UPF

Kg. Tg. Sedili, Kota Tinggi. Ketua Unit Ekonomi & Usahawan

 

Encik Mohd Fakharur Razziy Bin Hazran,

Ketua Unit Pengurusan Fasiliti.

4

PBD

HART.

UP

Kg. Punggai, Kota Tinggi. Ketua Unit Pelaburan Encik Noorazmi Bin Sahar,

Ketua Unit Pelaburan.

5 PPSM

KEWANGAN

UT

Kg. Johor Lama, Kota Tinggi. Pengurus PPSM Encik Shahrul Shafique bin Hamidon,

Penolong Pengurus,

Bahagian PPSM.

Hanya 5 lokasi Kampung Tradisi yang terpilih menjadi tuan rumah daripada 34 Kampung Tradisi seliaan KEJORA. Kampung Tradisi yang tidak menjadi tuan rumah akan dijemput hadir ke lokasi terhampir untuk sama-sama memeriahkan program dan menerima jalur gemilang