Kiriman

HARI KELUARGA KEJORA 2016 (23 APRIL 2016)

Sukacita dimaklumkan bahawa Program “Semakin Hari Semakin Sayang” sempena Hari Keluarga KEJORA 2016 akan diadakan pada 23 April 2016 (Sabtu) bertempat di Tanjung Balau. Sehubungan dengan itu, tuan/puan anggota KEJORA semua dengan hormatnya dijemput hadir bersama-sama ahli keluarga masing-masing bagi memeriahkan program di samping mengeratkan silaturahim sesama warga KEJORA.