11 Februari 2018, Bandar Penawar- Unit Integriti Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah menganjurkan program Taklimat Perolehan Kepada Pegawai dan Kerani Perolehan Bahagian/ Unit. Program telah berlangsung di Bilik Latihan KEJORA dengan kehadiran seramai  41 orang.

Program ini dilaksanakan bertujuan meningkatkan kefahaman anggota KEJORA yang terlibat secara langsung dalam menguruskan hal-hal perolehan di setiap bahagian/unit. Selain itu, program ini turut mendedahkan penemuan-penemuan oleh Unit Audit Dalam berkaitan perolehan agar menjadi iktibar kepada semua peserta dan tidak mengulangi kesalahan-kesalahan tersebut. Program ini juga bertujuan memantapkan nilai-nilai murni dan integriti memandangkan pengurusan perolehan merupakan di antara aktiviti-aktiviti yang berisiko terhadap salahguna kuasa, penyelewengan dan rasuah.

Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Mohamad Rizal bin Mohd Hidzir, Ketua Unit Audit Dalam, Encik Mohd Hanafi bin Jantan, Ketua Unit Integriti serta Puan Norzaiton binti Jamil, Akauntan Kanan KEJORA di atas perkongsian ilmu kepada para peserta.

Tahniah kepada peserta yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam menyertai program ini. Semoga ilmu yang disampaikan dapat menjadi panduan yang berguna dalam melaksanakan tugas dan tangunggjawab dengan penuh berintegriti.