Majlis Bersama Jabatan
Majlis bersama jabatan (MBJ) ialah sebuah medium dua hala, di mana dua pihak pekerja diberi saluran untuk berkomunikasi dengan pihak pengurusan dalam menyuarakan pendapat, pandangan dan serta menyumbangkan idea-idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi
Skop, bidang dan fungsi MBJ lebih menitikberatkan kepada kepentingan pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi. Di samping bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pekerja, ia juga boleh dijadikan sebagai satu forum perbincangan di antara pihak pengurusan dan pekerja. MBJ yang
aktif secara tidak langsung akan dapat menyemai semangat bekerja di kalangan pekerja untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi dan produktif
Skop isu yang boleh dibincangkan dalam MBJ adalah berkaitan perkara-perkara berikut:-
- Hal kebajikan
- Hal kewangan
- Hal pentadbiran
- Skim perkhidmatan dan perjawatan
- Elaun dan kemudahan
- Hal perkhidmatan
- Hal-hal selain dari perkara-perkara yang menyentuh peraturan dan dasar kerajaan dan hal yang berkaitan orang perseorangan dan masalah peribadi
Maklumat sedang dikemasini
BIL. | TAKWIM MESYUARAT | TARIKH PELAKSANAAN | PENGERUSI |
1. | Mesyuarat MBJ Bil. 1/ 2022 | 30 Mac 2022 | YBhg. Dato’ Haji Mohd Rusdi bin Mohd Darus,
Pengurus Besar KEJORA |
BORANG MAKLUM BALAS/ADUAN/CADANGAN SECARA ONLINE https://forms.gle/W4p1zP6X7o8jPJJPA
HUBUNGI
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara,
Bangunan Ibu Pejabat KEJORA,
Jalan Dato’ Hj. Hassan Yunus,
81930 Bandar Penawar, Johor.
No. Faks : +607-8221600
Emel :kejora@kejora.gov.my