PUSPANITA CAWANGAN KECIL KEJORA
Sejarah Penubuhan
SEJARAH PENUBUHAN
- Selepas pembubaran HELWANI pada tahun 2017, tiada lagi pertubuhan wanita ditubuhkan di KEJORA;
- Namun begitu, surat arahan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang menginginkan penglibatan semua warga PUSPANITA KPLB, Negeri, Agensi dan LKW dalam semua aktiviti yang dirancang pada tahun 2019 telah membawa kepada penubuhan PUSPANITA di KEJORA secara rasmi;
- Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Kecil KEJORA telah ditubuhkan pada 24 Januari 2019 setelah mendapat kelulusan Mesyuarat Pengurusan KEJORA Bil. 5/2019;
- Mesyuarat telah meluluskan penubuhan PUSPANITA peringkat KEJORA dengan melantik beberapa Jawatankuasa Tertinggi sebagai penggerak di peringkat awal; dan
- Mesyuarat Agong Pertama yang telah diadakan adalah pada 24 Mac 2019 di Bilik Taklimat, KEJORA, seramai 76 orang ahli PUSPANITA dan Anggota KEJORA telah hadir.
Kaedah Penubuhan
KAEDAH PENUBUHAN
Penubuhan PUSPANITA di KEJORA adalah melalui PUSPANITA Cawangan Kementerian (Kementerian Pembangunan Luar Bandar(KPLB));
Nama Pertubuhan : PUSPANITA Cawangan Kecil KEJORA
Perlembagaan : Perlembagaan PUSPANITA (Pindaan 2017)
Keahlian adalah semua anggota wanita dan suri anggota lelaki KEJORA.
Objektif Persatuan:
- Mengeratkan silaturahim antara anggota;
- Memperkukuhkan tadbir urus dengan lebih berkesan;
- Memperkasa dan mengupayakan ahli; dan
- Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian.
Carta Organisasi
CARTA ORGANISASI PUSPANITA CAWANGAN KECIL KEJORA TAHUN 2023-2025
Aktiviti / Program Sepanjang Tahun 2019 - 2021
AKTIVITI / PROGRAM SEPANJANG TAHUN 2019 HINGGA 2021
1) Program-program peningkatan kemahiran
- Kursus pembuatan mee kuning, Kursus jelly 3D,
- Kursus puding raja, Kursus pembuatan homemade chicken nugget,
- Kursus membuat ais krim dan Kursus membuat lasagne.
2) Kursus dan Seminar Kesedaran
- Seminar Kekeluargaan, Program World Quran Hour, Majlis Ihya Ramadhan, Seminar Kesedaran Hak Dalam Perundangan Syariah, Hari Penglihatan Sedunia, Kursus Pengurusan Jenazah, Program Bacaan Yassin dan Usrah 2021 (Secara Virtual).
3) Program Ekonomi
- Seminar Usahawanita KEJORA, Program Jualan Kuih Hari Raya, Program Jualan Mini Mall KEJORA dan Jualan Gerai Sempena FESENI.
4) Program Kebajikan dan Kebudayaan
- Program Tautan Ramadhan, Program Jom Makan Durian, Taklimat Pemeriksaan Kesihatan Wanita, Pertandingan PUSPANITAR, Program CB4DR Clothing Bank For Disaster Relief.
Aktiviti / Program Sepanjang Tahun 2022
Aktiviti / Program Sepanjang Tahun 2023
HUBUNGI
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara,
Bangunan Ibu Pejabat KEJORA,
Jalan Dato’ Hj. Hassan Yunus,
81930 Bandar Penawar, Johor.
No. Faks : +607-8221600
Emel :kejora@kejora.gov.my
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 X 768