ππ„ππ†πŠπ„π‹ ππ„ππ˜π„πƒπˆπ€π€π 𝐉𝐀𝐃𝐔𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐏𝐔𝐒𝐀𝐍 π‘π„πŠπŽπƒ (𝐉𝐏𝐑) π…π”ππ†π’πˆπ€π πŠπ„π‰πŽπ‘π€

Pada 13 dan 14 Ogos 2024 telah berlangsungnya Bengkel Penyediaan Jadual Pelupusan Rekod (JPR) Fungsian KEJORA di Bilik Taklimat Ibu Pejabat KEJORA. Seramai 40 orang anggota KEJORA yang terdiri daripada Pengurus Bahagian, Ketua Unit, Pegawai dan Pembantu Tadbir Rekod telah menyertai bengkel ini.
Bengkel selama 2 hari ini telah dikendalikan oleh Encik Saharudin bin Karsan, Ketua Seksyen Pelupusan Rekod, Arkib Negara Malaysia dan dibantu oleh Encik Mohd Rusyaidi bin Ruseli, Penolong Pegawai Arkib, Arkib Negara Malaysia Negeri Johor. Bengkel ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang penyediaan JPR dan langkah-langkah penyediaan yang betul berdasarkan panduan yang ditetapkan. Bengkel ini juga merupakan pusingan terakhir dalam melengkapkan pengurusan dan kitaran rekod di KEJORA.
Jutaan terima kasih kepada pihak Arkib Negara Malaysia dan semua ahli Jawatankuasa Penyediaan Jadual Pelupusan Rekod KEJORA di atas kerjasama, komitmen dan sokongan dalam menjayakan Bengkel Penyediaan Jadual Pelupusan Rekod (JPR) Fungsian KEJORA.
Semoga dengan adanya JPR Fungsian KEJORA ini, pengurusan rekod di KEJORA akan terus berada di tahap yang efisien dan sistematik bagi mematuhi kehendak Seksyen 27 (1), Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629].