πππππππ ππππππππππ ππππππππππ πππππππ πππ/ππππππππ:ππππ ππππππ
BANDAR PENAWAR, 21 Mac – Bengkel Penyediaan Dokumen ISO/IEC27001:2022 telah diadakan bermula dari 18 hingga 21 Mac 2024 bertempat di Bilik Taklimat, Ibu Pejabat KEJORA.
Kursus ini diadakan adalah sebagai persiapan menghadapi peralihan versi ISO/IEC 27001:2013 kepada versi terkini iaitu ISO/IEC 27001:2022.
Sebagai rekod, KEJORA telah dipersijilkan dengan versi ISO/IEC27001:2013 bermula tahun 2014 hingga kini di bawah skop βSistem Pengurusan Keselamatan Maklumat Bagi System Electronic Ready Online (ePRO), Lembaga Kemajuan Johor Tenggaraβ.
Melalui pensijilan ini banyak penambahbaikan telah dilaksanakan terutama daripada aspek keselamatan Rangkaian ICT dan pembangunan sistem yang membantu meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap pengurusan perolehan KEJORA.