πππππππ ππππ πππππππ πππππ πππππππ πππππππππ ππππππ πππππππππ (ππππ) ππππππ ππππ ππππππ πππ ππππππ
Sesi cabutan undi bagi pelaksanaan Kerja-Kerja Cadangan Bina Baru & Baikpulih Rumah Di Bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Di Daerah Kota Tinggi & Kluang Bil.03/2024 telah diadakan pada 30 Julai 2024 di Dewan KEJORA, Bandar Penawar.
Cabutan undi ini merangkumi 13 kerja bina baru dan 12 kerja baik pulih PPRT.
Sepanjang tempoh RMK12 (2020 β 2024) KEJORA telah membantu 308 orang penerima bantuan PPRT melalui penyaluran peruntukan daripada pihak KKDW dengan pecahan 70 unit bina baharu rumah dan 238 unit baik pulih rumah.
Tahniah dan syabas kepada semua kontraktor yang berjaya dalam tawaran kerja KEJORA melalui proses cabutan undi yang diadakan.
Menjadi harapan KEJORA agar penyiapan kerja-kerja ini akan ‘mengukir senyuman’ diwajah penerima projek-projek ini serta merealisasikan elemen kesejahteraan luar bandar terutama di dalam Wilayah KEJORA.