๐Š๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐๐‘๐Ž๐’๐๐„๐Š ๐Œ๐”๐Š๐ˆ๐Œ ๐‰๐Ž๐‘๐€๐Š ๐๐€๐๐‚๐‡๐Ž๐‘ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’

๐๐€๐†๐Ž๐‡, ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐…๐ž๐›๐ซ๐ฎ๐š๐ซ๐ข – Pada hari ini telah berlangsung Majlis Perasmian Karnival PROSPEK Mukim Jorak Panchor Tahun 2024 yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Pegawai Daerah Muar wakil rasmi Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor di Pekan Panchor di sini.
Di dalam ucapannya perasmiannya, beliau menyatakan harapan untuk Koperasi Mukim Jorak Panchor Berhad untuk mengambil inisiatif yang aggresif dalam menguruskan pemasaran produk hasil dari Program PROSPEK ini. Beliau menambah, seluruh Ahli Koperasi perlu bersatu dalam memastikan segala peruntukan yang disalurkan digunakan sebaiknya demi kemajuan Mukim Jorak Panchor.
Manakala, di dalam ucapan aluan, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA memaklumkan bahawa program PROSPEK Jorak Panchor ini adalah program pertama seumpamanya di Negeri Johor. Manakala peruntukan keseluruhan PROSPEK ini adalah sebanyak RM8Juta untuk tempoh 5 tahun bermula tahun 2021 hingga 2025. Pecahan peruntukan ini adalah Projek Ekonomi (60%), Projek Perumahan (20%) & Kemudahan Asas/Infra (20%).
Di dalam majlis ini, beberapa penyerahan telah disampaikan antaranya, penyerahan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Bina Baru bernilai RM66,000.00 dan penyerahan sumbangan bantuan ekonomi PROSPEK ternakan Udang Galah bernilai RM10,000.00.
Turut hadir dalam majlis perasmian ini ialah, YB Tn. Ir Ts Mohamad Fazli bin Mohd Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur Dan Komunikasi Negeri Johor merangkap ADUN Bukit Pasir, YBrs. En. Mohd Hisam bin Said, Pentadbir Tanah Daerah Muar, YBrs. Pn. Noorhasikin binti Awang, PSU Bahagian Tanah & Wilayah KKDW, YBhg. Tn. Hj Norrizam bin Mohamad, YDP Majlis Perbandaran Muar, YBrs. En. Mesafizam bin Mesri, Penghulu Mukim Jorak Panchor, Pengurusan KEJORA serta Ketua-Ketua Jabatan & Agensi Daerah Muar.
Terima kasih kepada semua hadir dan yang sama-sama membantu menjayakan majlis perasmian ini.
#PenerajuTerasKemakmuran