πŠπ„π‰πŽπ‘π€ 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔 ππ‘πŽπ‰π„πŠ ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π ππ„π‹π€ππ‚πŽππ†π€π πƒπˆ 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐓𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐓

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) terus proaktif dalam melakukan pemantauan bagi melihat status pelaksanaan projek-projek pembangunan di Wilayah Johor Tenggara.
Satu lawatan tapak serta pemantauan projek-projek pembangunan pelancongan telah diadakan pada 13 Ogos 2024 di Pulau Tanjung Surat, Daerah Kota Tinggi, Johor.
Lawatan tapak serta pemantauan ini diketuai oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA. lawatan ini bertujuan untuk melihat serta merencana pembangunan baru serta pembangunan sedia ada yang boleh ditambah baik pada masa akan datang. Dalam masa yang sama, KEJORA terus komited dalam menyiapkan infrastruktur pelancongan ke arah Tahun Melawat Johor 2026.
Terdahulu, Pengurus Besar KEJORA telah menerima penyerahan projek-projek pembangunan pelancongan dari pihak kontraktor kepada KEJORA yang telah siap sepenuhnya seperti:-
1. Penyerahan projek Laman Bakau @ Pulau Tanjung Surat
2. Penyerahan Projek Galeri Bakau @ Pulau Tanjung Surat
3. Penyerahan Projek Galeri Jong @ Pulau Tanjung Surat
4. Penyerahan Projek Galeri Warisan @ Pulau Tanjung Surat
Turut hadir di dalam lawatan ini adalah Puan Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Puan Nurul Aishah binti Mohamadon, Pengurus Kanan, Pemegang Taruh & Projek Khas, Encik Hanafi bin Jantan, Pengurus Perancangan Strategik, Puan Suraya Hani bin Sharan, Pengurus Pelancongan, Encik Mohamad Azrul bin Shari, Ketua Unit Komunikasi Korporat, Wakil dari Perancang Bandar dan Pembangunan Projek serta anggota Bahagian Pelancongan.
Menjadi harapan KEJORA agar perancangan pembangunan di Pulau Tanjung Surat ini mengikut kepada tempoh serta sela masa yang telah ditetapkan.