ππππππππππ πππππππππππ πππππππππ πππππππππ π.π @ πππππππ πππππ π πππ ππππ
KOTA TINGGI, 16 Februari β Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah berjaya buat julung kalinya menganjurkan Program Belungkor Challenge 1.0 bersempena penganjuran Tanjung Surat Fest 2025. Program ini telah menarik penyertaan seramai 330 orang yang menjadikan acara ini lebih meriah.
Program ini telah dimulakan dengan aktiviti senamrobik dan seterusnya acara pelepasan peserta yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Aznan bin Tamin , ADUN Tanjung Surat merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor dan Ahli Lembaga Pengarah KEJORA bersama-sama Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA dan Pengurusan KEJORA.
Majlis turut diserikan dengan acara cabutan bertuah kepada peserta yang berjaya menamatkan acara Belungkor Challenge (Walking, Hiking & Running) serta penyampaian hadiah pertandingan swafoto paling kreatif.
Program ini merupakan antara inisiatif KEJORA untuk mempromosikan produk pelancongan sukan dan rekreasi di daerah Kota Tinggi, Johor terutamanya di Tanjung Belungkor bersempena Tahun Melawat Johor 2026 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan dan memberi sokongan dalam penganjuran buat julung kalinya ini.