𝐋𝐀𝐅𝐀𝐙 πˆπŠπ‘π€π‘ 𝐁𝐄𝐁𝐀𝐒 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐀𝐇 (πˆππ‘) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ’, ππ”πŠπ“πˆ πŠπ„π‰πŽπ‘π€ π“πŽπ‹π€πŠ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐀𝐇

BANDAR PENAWAR, 22 Julai – Seluruh warga kerja Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai usaha murni ke arah peningkatan integriti sekaligus menjamin perjalanan tadbir urus KEJORA supaya lebih berprestasi tinggi.
Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Tahun 2024 ini telah diadakan di Dewan KEJORA dengan disempurnakan oleh Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil dan disaksikan oleh Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Negeri Johor, YBhg. PKPj Sheikh Hamadi bin Sheikh Abdul Hamid dan pegawai-pegawai SPRM Negeri Johor.
Bacaan Ikrar Bebas Rasuah yang diketuai oleh Akauntan Kanan, Bahagian Kewangan, Encik Mohd Rasyiddiq Bin Mohd Shafie. Ikrar Bebas Rasuah ini merupakan program tahunan KEJORA bagi memastikan warga kerja KEJORA terus komited menolak dan membenci sebarang aktiviti rasuah dalam jabatan.
Seiring dengan Ikrar Bebas Rasuah ini, satu ceramah pengukuhan integriti bertajuk β€œKesalahan-Kesalahan Dibawah Akta SPRM 2009” telah disampaikan oleh PsK Azmi bin Yusuf, Penguasa Kanan, SPRM Negeri Johor.
Sebelum itu, disebelah pagi telah berlangsung Majlis Perhimpunan Bulanan KEJORA Bagi Bulan Julai 2024. Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil berpesan agar semua pegawai dan kakitangan KEJORA menjaga kesihatan mental (mental health) termasuk pengurusan stress. Pelbagai usaha boleh dibuat antaranya, berehat dan beriadah, berkonvoi secara berhemah, bersukan dan sebagainya. Janganlah kita terlalu sibuk dengan tugas sehingga kita abaikan kesihatan yang Allah kurniakan kepada kita, ujarnya.
Di dalam Majlis Perhimpunan Bulanan ini juga, 3 pasangan Mentor dan Menti di bawah Program Pementoran KKDW Tahun 2024 menerima sijil lantikan masing-masing.
Ingatlah! β€œTugas kita bukan mudah, kita akan sentiasa dipantau, diperhatikan dan diadili rakyat atas kebolehan kita melaksanakan tugas dan amanah. Kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang dilakukan oleh anggota-anggota tubuh kita pada hari kiamat kelak dan setiap anggota tubuh akan menjadi saksi tentang apa yang telah kita lakukan semasa di dunia”.
#PenerajuTerasKemakmuran