𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€ π˜ππ‡π†. πƒπ€π“πŽ’ π’π‘πˆ πŠπ„π“π”π€ π’π„π“πˆπ€π”π’π€π‡π€ πŠπ„πŒπ„ππ“π„π‘πˆπ€π πŠπ„πŒπ€π‰π”π€π 𝐃𝐄𝐒𝐀 & π–πˆπ‹π€π˜π€π‡ (πŠπŠπƒπ–) πŠπ„ π‹π„πŒππ€π†π€ πŠπ„πŒπ€π‰π”π€π π‰πŽπ‡πŽπ‘ 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐑𝐀 (πŠπ„π‰πŽπ‘π€)

BANDAR PENAWAR, 4 Mac – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) pada petang ini telah menerima lawatan ramah mesra Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah, YBhg. Dato’ Sri Ramlan bin Dato Harun di sini.
Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil telah menyantuni YBhg. Dato’ Sri KSU disemua lokasi lawatan. Lawatan dimulakan dengan lawatan kerja ke Big Creative Skill di Taman Sri Penawar yang mana adalah pusat pengembangan aktiviti Socialpreneur yang memberi manfaat kepada komuniti untuk terlibat secara langsung di dalam aktiviti keusahawanan yang telah diusahakan oleh usahawan yang telah berjaya dibimbing oleh KEJORA. Peserta akan mengikuti latihan secara hands-on melalui bimbingan yang dibuat secara bersama oleh tenaga pengajar dari GiatMara Pengerang
Seterusnya, YBhg. Dato’ Sri KSU telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Insentif Usahawan Wilayah KEJORA yang merupakan sebahagian dari Program Jaringan Usahawan KEJORA atau JUARA. Untuk makluman, JUARA merupakan satu platform terbaik untuk memperkukuh, menggalak dan membimbing usahawan luar bandar bagi memastikan usahawan Wilayah KEJORA mampu berdaya saing serta meluaskan pasaran ke peringkat domestik dan luar negara atau dengan nama lainnya from Desa to Global.
YBhg. Dato’ Sri KSU KKDW juga telah menyempurnakan penyampian 4 program insentif usahawan KEJORA meliputi Skim Bantuan Modal Niaga (SBMN), Skim Pembiayaan Ekonomi Pertanian (SPEP), Skim Tunas Agro (STAg) serta Program Desa Lestari. Koperasi Sinar Tanjung Balau Berhad telah menerima Geran Peruntukan berjumlah RM1,000,000.00 bagi program Desa Lestari bagi projek aktiviti pelancongan baru Tanjung Balau.
Yang Berhormat Datin Paduka Pengurus Besar KEJORA selanjutnya telah membawa YBhg. Dato’ Sri KSU melawat ke Pantai Tanjung Balau bagi melihat pembangunan pelancongan seperti pembangunan Boardwalk Geologi serta tapak cadangan kiosk penjaja sebelum singgah untuk menikmati kopi Daily Preso yang merupakan usahawan bimbingan KEJORA.
Turut hadir dalam sesi lawatan ini adalah Pengarah KKDW Negeri Johor En. Khairudin bin Hi Abdullah, Timbalan Setiausaha Bahagian Penyelarasan & Pemantauan KKDW, YBhg. Tn. Hj. Abd. Jalil bin Ismail, Pegawai-Pegawai Agensi KKDW Negeri Johor serta Pengurusan KEJORA.
#PenerajuTerasKemakmuran