ππππππ ππππππππππ ππππππ πππππππ π πππππππ πππ πππππ πππππ ππππππππ πππππππππ ππππππ πππππ ππππ
πππππππ ππππππππ, ππ ππ π¨π¬ – Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA telah hadir bagi merasmikan pelancaran KEJORA Merdeka Festival dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Wilayah KEJORA Tahun 2024.
Bertemakan “Malaysia MADANI: Jiwa Merdekaβ yang telah dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024, program yang dirancang oleh KEJORA ini juga adalah sebagai perlambangan kesepaduan secara holistik negara maju dan progresif menaungi rakyat yang berbilang kaum, bersatu hati serta teguh jati dirinya.
Di dalam ucapan perasmian, Yang Berhormat Datin Paduka Pengurus Besar KEJORA menyatakan Merdeka ini menjadi asas untuk kita semua berganding bahu mengisi pembangunan yang akan dinikmati oleh segenap lapisan penduduk di dalam Wilayah Johor Tenggara ini. Tambah beliau, semangat kemerdekaan ini perlu dipupuk kepada generasi kini terutama kepada anak-anak yang masih belum memahami erti kemerdekaan sebenar.
Antara pengisian sepanjang Program KEJORA Merdeka Festival ini adalah seperti Pelancaran Merdeka Digital: Revolusi Teknologi 2024, Selawat Perdana Wilayah KEJORA, Program Bermalam di Muzium Perdana @ Muzium Nelayan, Pentas Patriotik, Majlis Sambutan Hari Malaysia dan Rohani Kesenian Islam serta Sambutan Maulidurrasul.
Menariknya, pada kali ini, kibaran Jalur Gemilang telah diarak dengan 35 buah bot yang mewakili setiap JPKK Wilayah KEJORA. Bot-bot ini dihias dengan Jalur Gemilang dan Pengerusi JPKK membuat lintas hormat di hadapan tetamu jemputan dengan menaiki bot berhias ini.
Di dalam majlis ini juga, KEJORA turut mengumumkan bahawa, Kampung Tanjung Serindit telah terpilih sebagai Kampung Angkat KEJORA di bawah Program Kampung Santuni MADANI. Selain bantuan dari segi pembangunan ekonomi melalui produk pelancongan, KEJORA akan membantu kampung ini dari segi program-program pendidikan dan projek-projek ameniti sosial yang secara keseluruhannya melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM2.79juta.
Turut hadir adalah YBrs. Puan Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), YBrs. Encik Mohd Haziq bin Zakaria, Penghulu Mukim Tanjung Surat, YBrs. Encik Mohd Fakharur Razziy bin Hazran, Pengurus Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desar, YBhg. Tn Hj. Kamsani bin Abdul Rokhman, Pengerusi JPKK Kampung Tanjung Serindit, Wakil-Wakil Agensi dan Jabatan Daerah Kota Tinggi, Pengerusi JPKK Wilayah KEJORA, Pengurusan KEJORA, Anggota KEJORA serta masyarakat setempat.
“Merdeka adalah kunci kepada kemajuan dan asas di mana kita membina sebuah negara yang makmur dan bersatu.” – Tunku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan Negara













































































