πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐀𝐍 πŠπ€π’πˆπ‡ π‘π€πŒπ€πƒπ€π πŠπŠπƒπ– πƒπˆ ππ„π†π„π‘πˆ π‰πŽπ‡πŽπ‘ πŸπŸ’πŸ’πŸ“π‡.

LAYANG-LAYANG, 14 Mac – Majlis Santunan Kasih Ramadan 1445H anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah bermula dengan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) menjadi hos & lokasi pertama iaitu di Masjid Jamek Pekan Layang-Layang, Simpang Renggam, Johor.
Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Di dalam ucapannya, beliau menyatakan, bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2026, semua pihak hendaklah bersedia dengan infrastruktur serta modal insan terbaik memandangkan beliau menjangkakan ramai pelancong-pelancong dari luar & dalam negara akan Melawat Malaysia serta Negeri Johor.
Bersempena dengan Bulan Ramadhan ini juga, beliau turut berpesan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk tidak melakukan pembaziran makanan. Beliau turut menyatakan ucapan tahniah kepada KEJORA atas penganjuran majlis ini serta berterima kasih kepada Menteri Besar Johor serta kepimpinan Negeri Johor Darul Ta’zim termasuk semua yang hadir dalam memberikan kerjasama yang baik dan erat di Majlis Santunan Kasih Ramadan 1445H.
Selain merapatkan jalinan ukhwah di antara pihak Kementerian dengan masyarakat, majlis ini juga menyantuni komuniti setempat dengan penyerahan sumbangan kepada:-
1. 10 Pusat Tahfiz Wilayah KEJORA
2. 7 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Wilayah KEJORA
3. 50 Anak-Anak Yatim Wilayah KEJORA (Mukim Layang-Layang)
4. 100 Buah surau & masjid dalam Parlimen Simpang Renggam
Majlis Santunan Kasih Ramadan 1445H telah dimulakan dengan Program Layang-Layang Berselawat yang dipimpin oleh Kumpulan Ar-Rayyan. Manakala ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri & Menteri KKDW disambut dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.w.t secara beramai-ramai.
Turut hadir adalah Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Setiausaha Kerajaan Johor merangkap Pengerusi KEJORA, Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi bin Rohani, Timbalan Menteri KKDW, YB Datuk Hajah Rubiah binti Hj Wang, Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pegawai Daerah Kluang, YBhg. Tn. Hj Mohd Rafi bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha KKDW, Pengerusi-Pengerusi Agensi KKDW, Ketua-Ketua Pengarah & Pengurus Besar Agensi KKDW, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor, Setiausaha-Setiausaha Bahagian KKDW, Pengurusan KEJORA, anggota-anggota KEJORA, tetamu jemputan serta penduduk setempat.
Pihak KEJORA mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir serta memberikan kerjasama yang erat seperti Pejabat Daerah Kluang, Pejabat Tanah Daerah Kluang, Majlis Daerah Simpang Renggam, Agensi KKDW Negeri Johor, JPKK Kampung Paya, AJK Masjid Jamek Pekan Layang-Layang, PDRM, RELA, APM, TNB, SAJ serta lain-lain agensi dalam menjayakan Majlis Santunan Kasih Ramadan 1445H.