๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐ ๐
๐๐๐ซ๐ฎ๐๐ซ๐ข – Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil telah mengadakan lawatan ke projek PROSPEK Mukim Jorak Panchor, Pagoh di sini.
Lawatan ini bertujuan untuk melihat perkembangan dan tapak-tapak cadangan pembangunan projek PROSPEK Mukim Jorak Panchor.
Antara projek yang dilawati adalah projek ternakan kambing, udang galah dan arnab. Turut dilawati juga adalah tapak-tapak cadangan pembangunan projek berkelompok.
Secara keseluruhannya, projek PROSPEK Mukim Jorak Panchor ini akan memberikan pulangan yang baik kepada setiap peserta. Akan tetapi, perancangan yang teliti perlu dibuat bagi memastikan setiap nilai peruntukan dibelanjakan mengikut kepada sasaran serta dapatan outcome yang sebenar.
Turut hadir di dalam sesi lawatan ini adalah Pengurus Kanan, Pemegang Taruh & Projek Khas, Pn. Nurul Aishah binti Mohamadon, Pengurus Pembangunan Sosial & Pemajuan Desa, En. Fakrurraziy bin Hazran, Pengurus Pertanian & Industri Asas Tani, Cik Siti Fazueri binti Radzali serta Ketua Unit Komunikasi Korporat, En. Mohamad Azrul bin Hj Shari.
Semoga projek-projek PROSPEK Mukim Jorak Panchor akan terus berjaya serta melahirkan usahawan komuniti terbaik demi memastikan kemenjadian usahawan luar bandar.