ππππππππππ πππππ πππππππππππ ππππππππ πππππππ ππππππ πππππ ππππ
DESARU, 10 Mac – Pada petang ini, telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Geran Pemerkasaan Komuniti Wilayah KEJORA Tahun 2024 yang telah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah KEJORA, YB Senator Datoβ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman yang mewakili Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr Pengerusi KEJORA di The Westin Desaru Coast.
Sebanyak 48 jawatankuasa atau pertubuhan yang menerima manfaat melalui pemberian geran ini dengan jumlah peruntukan keseluruhan adalah sebanyak RM307,000.00. Adalah menjadi harapan KEJORA dengan pemberian inisiatif ini, ianya dapat memperkukuhkan lagi semangat keharmonian dan perpaduan dikalangan masyarakat dan komuniti desa dalam mengharungi pelbagai cabaran dan pemberian inisiatif ini juga adalah keistimewaan bagi mereka yang berada di dalam Wilayah KEJORA.
Turut hadir pada petang ini adalah Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor merangkap ADUN Tanjung Surat, YB Tuan Aznan bin Tamin, Pengarah Bahagian Pertanian, Kementerian Ekonomi, YBhg. Datin Zaeidah binti Mohamed Esa, Pegawai Daerah Kluang, YBrs. Tuan Haji Mohd Rafi bin Abdullah, YBhg. Datuk Haji Mohd. Lassim bin Burhan dan YBrs. Encik Murad bin Jailani yang merupakan Ahli Lembaga Pengarah KEJORA.
Hadir sama adalah Pengurusan KEJORA, Warga KEJORA, Pegawai Tadbir Negeri Johor Daerah Kota Tinggi, Pengerusi JPKK Wilayah KEJORA serta Pengerusi-Pengerusi Pertubuhan Wilayah KEJORA.