πππππππ πππππππππ πππ ππππππ πππππππ ππππππ ππππ πππππ ππππ
DESARU, 6 Jun – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara telah mengadakan Program Kesedaran ICT Kepada Anggota KEJORA pada hari ini di Els Club Desaru.
Puan Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) selaku wakil rasmi Pengurus Besar KEJORA, telah merasmikan program ini. Didalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa Program Kesedaran ICT KEJORA Tahun 2024 yang merupakan program tahunan KEJORA yang mana ia merupakan salah satu program yang dirancang di bawah Pelan Strategik ICT KEJORA (PSICT) 2021 β 2025. Selain itu juga, program ini dilaksanakan sebagai salah satu medium bagi menyampaikan maklumat berkaitan peralihan Versi ISO/IEC 27001:2013 kepada versi terkini iaitu ISO/IEC 27001:2022.
Pada hari ini juga, Buku Polisi Keselamatan Siber KEJORA Versi 2.0 turut diluncurkan yang mana buku ini mengandungi peraturan dan kaedah pengurusan aset ICT bagi memastikan aset ICT dilindungi dan keselamatan ICT dalam keadaan baik.
Antara pengisian program kesedaran ICT ialah pembentangan serta perkongsian ilmu dari beberapa pakar. Antara tajuk pembentangan adalah:-
1. Pemerkasaan Dasar & Polisi Pendigitalan Sektor Awam oleh YBrs. Encik Ibrahim bin Ismail, Perunding ICT(Pengurusan Keselamatan Maklumat), Jabatan Digital Negara;
2. Polisi Keselamatan Siber (PKS) & Peralihan ISO/IEC 27001:2022 oleh YBrs. Encik Zulazly bin Khalid, Pengarah Diaspora Sdn Bhd; serta
3. Taklimat MyDigital ID oleh YBrs. Encik Rosli bin Md. Din daripada MIMOS Berhad.
Turut hadir di dalam Program Kesedaran ICT ini adalah Pengurusan KEJORA serta Anggota KEJORA.
Tahniah kepada semua yang telah hadir dan sama-sama lah menjaga keselamatan ICT KEJORA.