πππππππ πππππππ πππππ ππππππ ππ πππππππ ππππ πππππ ππππππ
Lawatan kerja Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) ke Ibu Pejabat Majlis Amanah Rakyat (MARA) Kuala Lumpur telah berlangsung pada 16 Mei 2024. Deligasi lawatan KEJORA ini telah diketuai oleh Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil.
Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk mendapatkan perkongsian ilmu dalam perancangan pembangunan pelan risiko serta melihat dan mempelajari pengalaman MARA dalam melaksanakan projek dan program keusahawanan khususnya Pembangunan Outlet pemasaran produk usahawan luar bandar.
Sesi perkongsian ilmu ini juga melibatkan lawatan ke Kompleks Mara Halal Industrial Park (MHIP) di Batu Caves, Kuala Lumpur bagi melihat sendiri operasi dan pengurusan MHIP yang dibangunkan oleh pihak MARA.
Kunjungan ini telah disambut baik oleh pihak MARA yang diketuai oleh En Zahari bin Aziz, Pengarah Bahagian Infrastruktur Komersil (BIK) MARA.
Hadir sama dalam sesi lawatan ini adalah pengurusan KEJORA iaitu Puan Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Encik Hanafi bin Jantan, Pengurus Perancangan Strategik, Encik Sheikh Khayulzahri bin A.Raof, Ketua Unit Ekonomi & Usahawan, Encik Yusrihan bin Jusak, Pengurus Perancang Bandar & Pembangunan Projek, Encik Adam Malek bin Tugimin, Ketua Unit Perundangan, Encik Norazmi bin Sahar, Ketua Unit Pengurusan Fasiliti dan Tn Hj Abidullah bin S. Ali, Ketua Unit Pelaburan.
Setinggi- tinggi penghargaan terima kasih kepada pihak MARA atas kesudian menerima kunjungan ini. Menjadi harapan KEJORA agar, kolaborasi strategik bersama MARA terutama dalam bidang keusahawanan diteruskan demi meningkatkan taraf ekonomi usahawan Wilayah KEJORA serta memacu perkembangan usahawan ke arah yang lebih baik.