π’π€πŒππ”π“π€π πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ πŠπ„π‰πŽπ‘π€ πŸπŸŽπŸπŸ’

DESARU, 28 APRIL
Alhamdulillah, Majlis Sambutan Hari Raya KEJORA pada hari ini sangat meriah dengan kehadiran warga KEJORA serta tetamu jemputan. Para tetamu telah disajikan dengan pelbagai juadah raya yang enak serta alunan lagu-lagu raya dan lagu-lagu malar segar yang disampaikan oleh Azman Naim Mantra dan Kugiran Wak Jeng.
KEJORA juga amat bertuah kerana Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi bin Rohani Setiausaha Kerajaan Johor merangkap Pengerusi KEJORA sudi hadir memeriahkan majlis, bersama-sama meraikan serta menyampaikan penghargaan kepada persara dan mantan Ahli Lembaga Pengarah KEJORA. Paling berharga buat warga KEJORA adalah tatapan amanat yang disampaikan.
Yang Berhormat Tan Sri turut menyantuni anak-anak autism dan anak-anak yatim yang hadir serta menyampaikan sumbangan duit raya. Anak-anak autism turut diraikan sempena sambutan Hari Autisme Sedunia yang disambut pada bulan April setiap tahun.
Dalam Majlis Sambutan Hari Raya ini, KEJORA juga turut meraikan persaraan 3 orang anggotanya serta penghargaan kepada mantan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) KEJORA. Pesara-pesara yang menerima penghargaan terdiri daripada Tuan Haji Matriffin bin Md. Amin, En Mohd Yusof bin Ibrahim dan Encik Mohd Isa bin Awik. Mantan ALP yang turut menerima penghargaan pada hari ini adalah Yang Berhormat Dato’ Hj, Ashari bin Kasnan, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan).
Baju Sedondon Cantik Bergaya,
Elak Terkena Api Pelita,
Suasana Riang Di Hari Raya,
Bermaaf-maafan sesama kita.
Ketupat Pulut Di Hari Lebaran,
Disulam Bersama Dengan Manisan,
Hari Raya Disambut Penuh Kesyukuran
Mengerat Silaturrahim Sesama Insan
π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹ π…πˆπ“π‘πˆ, πŒπ€π€π… π™π€π‡πˆπ‘ & ππ€π“πˆπ
#PenerajuTerasKemakmuran