???? ??????? ???? ??. ????’ ????? ?????? ??????, ?????? ?? ??????? ???????? ????? ???????? (??????)

Seramai 44 orang delegasi dari Kampung Dato’ Abdul Rahman Yassin, Kluang terdiri daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta penduduk kampung telah mengadakan sesi lawatan ke KEJORA pada 3 Januari 2022 (Isnin).
Kehadiran delegasi yang bermula pada jam 9.00 pagi telah dibawa ke Muzium Nelayan Tg. Balau. Lawatan ini turut diserikan dengan sesi ramah mesra dan ucapan yang telah disampaikan oleh Encik Daud Bin Abd Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA. Pihak KEJORA juga turut menyampaikan taklimat berkenaan fungsi dan peranan KEJORA selain dibawa melihat sejarah permulaan dan sejarah tradisi di Tg. Balau.
Sesi Lawatan diteruskan dengan membawa delegasi ke Kampung Tanjung Surat menaiki bot bagi lawatan ke Galeri Warisan Tg Surat serta Galeri Bakau. Menjadi satu kepuasan apabila delegasi dapat merasai keseronokan menyusuri kawasan sungai yang dipenuhi pohon bakau.
Semoga dengan kunjungan yang ada dapat mengeratkan lagi hubungan KEJORA dengan JPKK Kampung yang hadir bagi memperkasakan institusi pentadbiran peringkat kampung di bawah wilayah KEJORA selain menaikkan imej KEJORA dalam sektor pelancongan dan modal insan.