Hello

Test

KEJORA PERUNTUK LEBIH RM4 JUTA TINGKAT KEMUDAHAN AWAM DAN SOSIAL

KOTA TINGGI, 18 JUN 2017 – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) memperuntukkan lebih RM4 juta bagi meningkatkan kemudahan awam dan sosial untuk kampung di dalam kawasan operasi wilayah kelolannya tahun ini.

Pengurus Besar KEJORA Norazman bin Othman berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak RM2 juta diperuntukkan untuk membangunkan rumah anak yatim di Bandar Tenggara.

“Kita berharap dengan kewujudan rumah anak yatim ini akan meringankan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh keluarga serta anak-anak ini bagi mendapatkan pendidikan yang baik. Seterusnya membantu mereka menjadi insan kamil yang cemerlang untuk berkhidmat kemabali kepada komuniti apabila dewasa kelak,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Wilayah KEJORA di perkarangan Asrama Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim (YKAY) Al-Husna Bandar Penawar kelmarin.

Hadirsama, Pengerusi YKAY Al-Husna Wilayah Johor Tenggara, Hamzah bin Isa, Timbalan Presiden Themed Attractions Resorts and Hotels Sdn Bhd, Azman Ismail dan Timbalan Presiden 2, UDA Holdings Berhad, A Karim Supok.

Pada majlis itu Norazman menyampaikan sumbangan hari raya sebanyak RM57,700 kepada 35 rumah anak-anak yatim dalam kawasan operasi wilayah KEJORA.

Tambah Norazman, KEJORA juga telah membangunkan Sekolah Tahfiz Darul Quran di Bandar Mas serta membantu pengurusan Sekolah Tahfiz Al-Iman di Kampung Tanjung Sedili agar pelajarnya dapat menikmati kemudahan lebih selesa dan sistem persekolahan yang lebih tersusun.

“Adalah menjadi harapan besar kami dan komuniti setempat untuk melihat sekolah ini menjadi pusat kecemerlangan ilmu di dunia serta akhirat,” katanya.

Terdahulu sebelum itu, majlis sama turut menyampaikan sumbangan Themed Attractions Resorts and Hotels Sdn Bhd sebanyak RM3,000.00.

Hello world!

Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start writing!

KEJORA JALIN HUBUNGAN DENGAN JABATAN KETUA MENTERI MELAKA

13 Disember 2016, MELAKA – KEJORA telah membuat lawatan kerja ke Jabatan Ketua Menteri Melaka bagi melihat sistem pengurusan kehadiran anggota ke pejabat di Jabatan tersebut melalui penggunaan sistem Punctuality Cascading Reporting System (PCRS). Tujuan lawatan ini adalah untuk menambahbaik pengurusan dan pentadbiran sistem kehadiran anggota KEJORA ke pejabat. Melalui lawatan kerja tersebut, beberapa maklumat telah diperolehi untuk menambahbaik sistem sedia ada. Lawatan ini telah disertai pegawai-pegawai Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia serta Bahagian Teknologi Maklumat.

fb_img_1482291987236fb_img_1482291956281fb_img_1482291969008fb_img_1482291973246

JAWATAN KOSONG – PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)

Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan adalah dipelawa memohon jawatan sebagaimana di bawah :

Tarikh tutup permohonan adalah pada 3 Ogos 2016.

Blog Pelancongan KEJORA

Sila layari Blog Pelancongan KEJORA untuk mendapatkan maklumat produk-produk pelancongan sekitar wilayah KEJORA.

KEJORA FAMILY DAY 2016 (23 APRIL 2016)

KEJORA Family Day 2016 "Semakin Hari Semakin Sayang" will be held on 23 April 2016 (Saturday) at Tanjung Balau. All family's members are invited.

Karnival Memancing D’Punggai 2016 (9-10 APRIL 2016)

South East Johore Development Authority ( KEJORA ) through the Division of Tourism in collaboration with Joran Bagus will be organizing “Karnival Memancing D’Punggai 2016” on 9 to 10 April 2016 ( Saturday- Sunday) at Punggai Beach, Pengerang, Kota Tinggi.
Karnival Memancing Punggai 2016

Home Swipe Slider

jom godak payapensijilan isms

budaya integriti

1Akses

etika kerja

sso1mocc

 

jom godak paya 2016