KEJORA PERUNTUK LEBIH RM4 JUTA TINGKAT KEMUDAHAN AWAM DAN SOSIAL
KOTA TINGGI, 18 JUN 2017 – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) memperuntukkan lebih RM4 juta bagi meningkatkan kemudahan awam dan sosial untuk kampung di dalam kawasan operasi wilayah kelolannya tahun ini.
Pengurus Besar KEJORA Norazman bin Othman berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak RM2 juta diperuntukkan untuk membangunkan rumah anak yatim di Bandar Tenggara.
“Kita berharap dengan kewujudan rumah anak yatim ini akan meringankan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh keluarga serta anak-anak ini bagi mendapatkan pendidikan yang baik. Seterusnya membantu mereka menjadi insan kamil yang cemerlang untuk berkhidmat kemabali kepada komuniti apabila dewasa kelak,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Wilayah KEJORA di perkarangan Asrama Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim (YKAY) Al-Husna Bandar Penawar kelmarin.
Hadirsama, Pengerusi YKAY Al-Husna Wilayah Johor Tenggara, Hamzah bin Isa, Timbalan Presiden Themed Attractions Resorts and Hotels Sdn Bhd, Azman Ismail dan Timbalan Presiden 2, UDA Holdings Berhad, A Karim Supok.
Pada majlis itu Norazman menyampaikan sumbangan hari raya sebanyak RM57,700 kepada 35 rumah anak-anak yatim dalam kawasan operasi wilayah KEJORA.
Tambah Norazman, KEJORA juga telah membangunkan Sekolah Tahfiz Darul Quran di Bandar Mas serta membantu pengurusan Sekolah Tahfiz Al-Iman di Kampung Tanjung Sedili agar pelajarnya dapat menikmati kemudahan lebih selesa dan sistem persekolahan yang lebih tersusun.
“Adalah menjadi harapan besar kami dan komuniti setempat untuk melihat sekolah ini menjadi pusat kecemerlangan ilmu di dunia serta akhirat,” katanya.
Terdahulu sebelum itu, majlis sama turut menyampaikan sumbangan Themed Attractions Resorts and Hotels Sdn Bhd sebanyak RM3,000.00.
Leave a Reply
Want to join the discussion?Feel free to contribute!