PERSEMBAHAN ARTIS TANAH AIR SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ULANG TAHUN KE-50 PENUBUHAN LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)

3 JUN 2022 I JUMAAT I 11.00 MALAM
Persembahan yang

hebat

dari artis tanah air pada malam ini iaitu dari Baggio Damasutra & Ramlah Ram.

DEMONSTRASI KRAFTANGAN SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ULANG TAHUN KE-50 PENUBUHAN LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)

3 JUN 2022 I JUMAAT I 3.00 PETANG
Demonstrasi Kraftangan berasaskan manik telah dijalankan pada petang ini. Demonstrasi ini telah diketuai oleh Pn Syahanem binti Mustaffa yang juga merupakan anggota KEJORA selaku tenaga pengajar.
Seramai 30 orang pengunjung telah sama-sama belajar secara terus dengan segala kelengkapan disediakan oleh pihak KEJORA & Puspanita Cawangan Kecil KEJORA.
Moga ilmu yang dicurahkan mendapat keberkatan olehNya serta boleh dipraktikkan dalam menambah pendapatan keluarga.

SEMINAR ‘FOOD SECURITY’ SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ULANG TAHUN KE-50 PENUBUHAN LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)

3 JUN 2022 I JUMAAT I 12.00 TENGAHARI
Demi kelangsungan & jaminan serta pemahaman dalam penyediaan kitaran makanan, KEJORA telah mengadakan seminar ‘food security’ bersempena dengan Sambutan Jubli Emas KEJORA.
3 tajuk telah dibentangkan iaitu:-
1. Senario industri pertanian & peranan Jabatan Pertanian masa kini oleh Jabatan Pertanian Negeri Johor.
2. Penanaman tanaman kontan menggunakan teknologi tanpa tanah oleh MARDI.
3. Pengendalian lepastuai hortikultur oleh MARDI.
Seramai lebihkurang 300 peserta hadir dalam seminar yang di adakan ini.

PROGRAM SENAMAN PAGI KEJORA SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ULANG TAHUN KE-50 PENUBUHAN LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)

3 JUN 2022 I JUMAAT I 8.00 PAGI
Program senaman pagi pada hari ini adakan di Pantai Tanjung Balau. Sambutan juga diterima dari pelajar-pelajar Kolej Professional Mara Bandar Penawar, Kolej Komuniti Bandar Penawar bersama penduduk sekitar Tanjung Balau, Bandar Penawar disamping warga KEJORA.

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ULANG TAHUN KE-50 PENUBUHAN LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)

2 JUN 2022 I KHAMIS I 9.00 MALAM
Rezeki Seluas Lautan. Satu tajuk yang menarik untuk dikupas serta difahami untuk semua golongan.
Panel yang dijemput adalah Dato’ Dr Hj. Nooh bin Gadut, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati binti Syed Ismail, Pensyarah Universiti Malaya. Manakala Ustaz Nabil Ahmad pula bertindak sebagai Moderator forum.
Rezeki itu milik Allah yang hakiki, kamu perlu berusaha untuk mengekalkan rezeki yang diberikan. Dalam mencari rezeki yang barakah, jangan diambil segala bentuk rezeki yang tidak wajar.
Moga rezeki kita semua seluas lautan dan mendapat keberkatan dariNya.

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN JUBLI EMAS ULANG TAHUN KE-50 PENUBUHAN LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)

2 JUN 2022 I KHAMIS I 1.00 PETANG
Bertepatan dengan Ulang Tahun Ke-50 Penubuhan KEJORA, satu perasmian sambutan yang gilang-gemilang telah berlangsung di Pantai Tanjung Balau.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar. Dalam ucapannya, beliau menyatakan rasa bangga dengan pencapaian KEJORA selama 50 tahun terdahulu.
Kini, beliau telah menetapkan sasaran baru kepada KEJORA antaranya, penjenamaan semula KEJORA atau dikenali sebagai KEJORA 2.0, penetapan hala tuju baru serta penambahbaikan yang bersesuaian dengan arus pemodenan semasa.
Selain itu juga, beliau berharap permohonan KEJORA untuk memperluaskan kawasan keseluruh Daerah Kota Tinggi dan Daerah Kluang, diluluskan oleh Kerajaan Negeri Johor.
Di dalam majlis ini, YB Dato Seri’ Mahdzir Khalid juga telah melancarkan buku Coffe Table 50 Tahun KEJORA yang mana ianya merangkumi gambar dan cerita pembangunan sepanjang 50 tahun KEJORA di bumi Johor.
Buat pertama kalinya, KEJORA telah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Record (MBOR) bagi Ladang Penyelidikan Pertama Mengkuang Yang Dibangunkan Secara Komersial.
Tahniah kepada semua Warga KEJORA dari yang telah membangunkan Wilayah Johor Tenggara dari tahun 1972 hingga kini.

KEJORA KE ARAH PENSIJILAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

Alhamdulillah Bengkel Pelaksana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) KEJORA telah berlangsung selama 2 hari pada 24 dan 25 Mei 2022 bertempat di Hotel Desaru Penawar, Bandar Penawar. Peserta adalah terdiri daripada wakil setiap zon EKSA KEJORA,wakil jawatankuasa Latihan, jawatankuasa Promosi dan jawatankuasa Audit EKSA KEJORA. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Puan Khulia Binti Abd Samat dari Kolej Komuniti Tanjung Piai yang merupakan salah seorang Champion EKSA.
Objektif utama bengkel adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta berkenaan pelaksanaan EKSA di KEJORA dan menjana idea dan kreativiti peserta dalam mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif. Besar harapan KEJORA agar dianugerahkan Pensijilan EKSA daripada pihak MAMPU pada masa akan datang.
Jutaan terima kasih kepada semua para peserta yang terlibat .

PROGRAM EXECUTIVE TALK SIRI KE 4 BERSAMA YBHG. DATO’ DR. HJ MOHD FADZILAH BIN KAMSAH

Alhamdulillah Program “Executive Talk” Siri ke-4 sempena perayaan Jubli Emas KEJORA pada 25 mei yang lalu telah dilaksanakan dengan jayanya.
Seramai 291 penonton telah mengikuti program dari awal hingga ke penghujungnya iaitu 100 orang penonton di Zoom Webinar dan 191 orang penonton di FB Live KEJORA. Terima kasih kami ucapkan.
Semoga perkongsian ilmu dari YBhg. Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah bin Kamsah sebentar tadi, dapat memberikan motivasi kepada kita semua untuk menjadi insan yang lebih berjaya.

PROGRAM NETWORKING DAN LAWATAN KERJA KE KETENGAH

Lanjutan Program Networking dan Lawatan Kerja Unit Pelaburan diteruskan ke Ibu Pejabat KETENGAH di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Terengganu pada 18 Mei 2022.
Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH iaitu Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad bersama beberapa pengurusannya dan Wakil KETENGAH Holdings mengalu-alukan kedatangan delegasi Unit Pelaburan KEJORA yang di ketuai oleh Encik Abidullah bin S. Ali
Sesi di KETENGAH bertujuan untuk berkongsi amalan terbaik yg dipraktikkan oleh KETENGAH Holdings dalam tadbir urus Anak Syarikat miliknya.
Semoga program networking dan lawatan kerja ini dapat membuka minda serta peluang-peluang pelaburan di antara Anak Syarikat kedua-dua Agensi di masa akan datang.

PROGRAM NETWORKING DAN LAWATAN KERJA KE KESEDAR

Pada 16 Mei 2022, telah berlangsungnya Program Networking dan Lawatan Kerja oleh Unit Pelaburan KEJORA ke Syarikat-syarikat milikan KESEDAR di sekitar Paloh, Gua Musang, Kelantan.
Kembara ilmiah ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar idea/pendapat mengenai amalan tadbir urus

terbaik

Anak Syarikat KESEDAR dari segi kawalan, pemantauan dan penstrukturan. Selain itu, pihak KEJORA turut berhasrat untuk melawat ke tapak-tapak projek yang sedang diusahakan oleh Anak Syarikat KESEDAR.

Program yang diketuai oleh Encik Abidullah bin S. Ali, Ketua Unit Pelaburan bersama 4 orang anggota (termasuk seorang wakil dari KDHSB) disantuni oleh Puan Yunaiha binti Ismail, Pengurus Bahagian Ekonomi & Pelaburan KESEDAR telah dilaksanakan mulai jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang.
Sebanyak 3 projek telah dilawati iaitu Projek Ternakan Lembu Fidlot, Projek Pengilangan Sawit dan Projek Tanaman Nenas Varieti MD2.
Semoga dengan program networking dan lawatan kerja ini dapat membuka minda serta peluang-peluang pelaburan di antara Anak Syarikat kedua-dua Agensi di masa akan datang.