Majlis Perkhidmatan Cemerlang 2017 Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
Sekitar Majlis Perkhidmatan Cemerlang 2017 Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Yang Berlangsung Pada 5 & 6 Februari 2018 Bertempat Di Maeps, Serdang Dan Disempurnakan Oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah). Majlis ini menjadi wadah terbaik untuk menzahirkan pengiktirafan dan penghargaan kepada warga KKLW di atas hasil kerja, iltizam dan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk sepanjang tahun 2017 dalam mencapai misi, visi dan matlamat KKLW. Pengiktirafan ini juga dapat mewujudkan persaingan yang sihat dalam membuktikan keupayaan diri masing-masing dan secara tidak langsung akan menghasilkan perkhidmatan yang terbaik untuk negara.