MAJLIS BACAAN YASSIN DAN TAHLIL PERDANA

BANDAR PENAWAR, 7 Mac – Pada hari ini telah berlangsung Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil Perdana Sempena Hari Wanita & Sambutan Bulan Ramadhan 1445H di Bilik Taklimat, Ibu Pejabat KEJORA.
Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil telah hadir dan bersama-sama dengan Pengurusan serta anggota KEJORA dalam majlis ini.
Selanjutnya, satu ceramah bertajuk Wanita dan Ramadhan: Mencari Kualiti dan Keberkatan Ibadah telah disampaikan oleh Ustazah Hasnita biNti Hashim, Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Johor.
Majlis juga diserikan dengan simbolik penyerahan kurma kepada Pengurusan KEJORA yang mewakili keseluruhan Warga KEJORA.
Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Telah datang kepadamu Bulan Ramadhan, bulan yang diberkati, Allah telah mewajibkan padamu berpuasa pada bulan itu. Dalam bulan itu dibuka pintu-pintu langit, dan ditutup pintu-pintu neraka, dan syaitan-syaitan dibelenggu. Pada bulan itu terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan”. (Surah al-Nasa’i)