MAJLIS BACAAN YASSIN PERDANA SEMPENA ULANGTAHUN KEJORA KE-53

KOTA TINGGI, 30 Mei- Sempena Ulangtahun KEJORA ke-53 pada 1 Jun ini, satu Majlis Bacaan Yassin Perdana sebagai tanda kesyukuran dan memohon keberkatan, kesejahteraan dan kemudahan kepada KEJORA dan warga kerjanya telah diadakan di Masjid Al- Husna Bandar Tenggara. Bacaan Yassin telah dipimpin oleh Tuan Imam Farhan bin Mohd Salih, Imam Masjid Al-Husna Bandar Tenggara. Kehadiran melibatkan barisan Pengurusan dan warga kerja KEJORA serta qariah masjid.
Majlis selanjutnya diteruskan dengan penyampaian Kuliah Dhuha oleh YBrs Ustaz Abdul Rahman bin Abd Jalil dari Pejabat Kadi Daerah Kota Tinggi sebagai pengisian program pengukuhan integriti.