MAJLIS PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2019 KPLB DI PICC

Berlangsungnya Majlis Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2019 KPLB yang telah diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Ahmad Jailani Bin Muhamed Yunus, Ketua Setiausaha Bahagian Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Seramai 30 orang anggota KEJORA telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini.

Jutaan tahniah kepada semua penerima yang telah memberikan perkhidmatan yang penuh cemerlang dan berdedikasi dalam pelbagai aspek. Penghargaan dan pengiktirafan ini adalah pemangkin untuk bekerja dengan lebih efisien dan terbaik. Syabas dari kami warga KEJORA.