Program Lawatan Kerja ke Pusat Kraftangan Pulau Carey

Program Lawatan Kerja ke Pusat Kraftangan Pulau Carey, Selangor dan Pulau Tuba, Langkawi telah diadakan pada 28 hingga 31 Januari 2020 dibawah anjuran Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA. Seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada anggota KEJORA, FRIM dan juga Kraf Johor telah menyertai program lawatan kerja ini.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai pengurusan dan operasi pusat kraftangan sedia ada. Hal ini sejajar dengan projek pembangunan baharu KEJORA iaitu untuk membangunkan sebuah Pusat
Penghasilan dan Pengumpulan Produk Kraftangan yang berasaskan mengkuang di Wilayah KEJORA

Di antara tempat-tempat yang dilawati adalah lawatan ke Pusat Kraf Orang Asli Jooh Mehmeri di Pulau Carey, Selangor dan Lawatan ke Pusat Penghasilan Kraf di Pulau Tuba serta ke Kompleks Kraf Langkawi.

#luarbandarsejahtera
#kplb
#kejora