KEJORA@App_Default-image

NOTIS HEBAHAN-LKJT/UT/BT/P/2017/K299 (TENDER SEMULA)

NOTIS HEBAHAN

Adalah dimaklumkan bahawa Sesi Taklimat dan Lawatan Tapak bagi projek CADANGAN KERJA-KERJA MEMBINA DAN MENYIAPKAN RUMAH KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM BESERTA KOMPONEN-KOMPONEN YANG BERKAITAN DI ATAS LOT PTB 6426 BANDAR TENGGARA, MUKIM ULU SG. JOHOR, DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TA’ZIM (LKJT/UT/BT/P/2017/K299 (TENDER SEMULA)) yang telah dijadualkan pada 13 MEI 2018 bersamaan dengan hari Ahad, jam 10.00 pagi bertempat di Perkarangan Pejabat KEJORA Cawangan Bandar Tenggara, Kulai, Johor Darul Ta’zim adalah diteruskan seperti biasa.
Walau bagaimanapun, bagi tujuan pembelian dokumen tender, ianya akan hanya mula dijual mulai 14 MEI 2018 bersamaan dengan hari ISNIN bermula jam 8.30pagi sehingga 27 MEI 2018 (AHAD). Tarikh tutup peti juga adalah dengan ini KEKAL sebagaimana iklan, iaitu pada 03 JUN 2018 (AHAD) jam 12.00 tengahari.