PENAWAR PENGERANG RUN 2016 (21 MEI 2016)
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui Bahagian Pelancongan akan menganjurkan Penawar-Pengerang Run 2016 pada 21 Mei 2016 (Sabtu), masa pelepasan pukul 7.00 pagi bertempat di Kawasan Lapang Bersebelahan Tapak Pasar Malam, Bandar Penawar, Johor.
Pendaftaran peserta adalah secara online di laman web http://pprun.kejora.gov.my (dari 6 April 2016 hingga 20 Mei 2016).
Adalah diingatkan pada 21 Mei 2016 Tiada Sebarang Pendaftaran.
Larian akan dimulakan pada jam 7.00 pagi di Kawasan Lapang Bersebelahan Tapak Pasar Malam, Bandar Penawar (Berhadapan Bomba) dan tamat pada tempat yang sama. Terdapat lapan (8) kategori larian dengan tiga jarak yg berbeza iaitu 5km, 7km dan 10km.
Info lanjut, sila hubungi 07-8843100 (Bahagian Pelancongan KEJORA)